Kelas Asas ICT (Microsoft Excel)

8 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Januari 2020, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Asas ICT dan topik yang dipelajari adalah Microsoft Excel. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu dan memaksimumkan pengetahuan asas mereka tentang Microsoft Excel dengan mendedahkan fungsi-fungsi setiap tool yang terdapat pada perisian tersebut.

Kelas ini telah disertai oleh dua orang peserta iaitu setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Sepakat Jaya dan Guru Kafa SK Pajar Sejingkat. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti berikut:
1. Membuat jadual projek-projek yang telah dilaksanakan
2. Menaip minit mesyuarat
3. Mengisi borang kemasukan ke IPTS secara atas talian

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali